Warid "Demam Campak"

Dah 2 minggu aku tak update blog ni, ialah sibuk sangat sekarang ini pasal Minggu Mesra Pelajar (MMP)- kemasukan pelajar baru...biarpun lambat lagi, persediaan awal harus dibuat, aku ni tukang menaip surat lah kejenye...tekejar sane, tekejar sini & untuk pengetahuan korang aku skrg dah dpt bos baru lelaki pulak tu...heeehee...bos lame tukar jabatan, biaselah adat bekejer kan, mesti kene tukar sane tukar sini..pembantu sokongan mcm aku ni, terima saje sape yg dtg...ape pun keje harus dilakukan...

Berbalik pada tajuk utama kita ye, puan2....Warid skrg alhamdulilah dah sihat sepenuhnya dari demam campak, tapi masih risau lagi takut2 bintik2 tu keluar blk, sebabnye aku tak bwk die pergi jumpa dokter cuma mandikan die dgn air kelapa (kaedah tradisional)...

Awalnye....hubby ada bagi tahu aku muka2 Warid ada ruam2, tapi aku ckp biaselah muka die bkn boleh kene panas, kalau kene panas mesti jadi ruam2, mkn lame mkn menebal lah pulak...tapi sebelum ruam tu keluar Warid memang ada deman dalam 1 hari je itu pun jangkit dari sepupunye...so sepupunye skrg pun kene demam campak jugak...adoiiii haaaiiii...
(cepat2 sihat ye kakak)....

mak pun bagi tahu yg Warid tak nak mkn nasi, mkn je die keluarkan blk, hari ke-2 pun die tak nak mkn, jadinye kitaorg pun belilah happy meal (mcd) utk Warid mane tahu die nak mkn ke kan...alhamdulilah mkn lah jugak sedikit, hari ke-2 tu dah tengok muka die cengkung tak mkn, nak menangis pun ada aku rase, tapi nasib lah susu die nak minum...blk dari beli mcd tu, aku baru perasan dekat tangan ada bintik2 merah tebal, selak baju belakang pun tebal, kaki kat lutut pun dah keluar bintik2...bagi tahu mak...mak ckp ni demam campak ni...ya allah...risau yg amat lah...

Jadinye mak minta beli air kelapa, so hubby pun 2 hari tu cuti (Khamis-Jumaat), aku tak risau sangat, hubby boleh tengok2kan....dalam mase 2 hari tu Warid mandi dengan air kelapa & minum air kelapa...alhamdulillah, dah keluar sume bintik2 merah tu sampai kaki & mak ckp lepas tu letak bedak sejuk...& skrg Warid pun dah bnyk mkn senang sikit hati ini...

Bila tanya2 member mcm2 lah diorg ckp, aku takut jugak kalau jadi yg bintik berair tu org kate chinken pox...same kan sebenarnye kan!...jadinye aku ada lah google dan jumpa info yg boleh dikongsikan disini:-

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
* Jangkitan pada telinga
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
* Jangkitan pada otak (encephalitis)
* Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.

Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
* Panadol untuk mengurangkan demam
* Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. (Warid bulan ni baru nak buat suntikan immunisasi MMR utk setahun)

Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Teringat Sesuatu: Teringat pesan orang tua2, elakkan mereka yg demam campak @ chinken pox dari terkena air hujan sebab takut parutnya berlekuk & hitam....& selain mandi air kelapa...boleh juga dimandikan dengan daun semambu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selasa, 12 Julai 2011

Warid "Demam Campak"

Dicatat oleh FIESYAH di 1:45 PTG